Tips Bergaya untuk badan berbentuk buah epal dan pear.
1 - BENARKAH jika badan berbentuk pear dan epal sukar mendapatkan pakaian yang sesuai bentuk tubuh? Membeli pakaian siap selalunya menimbulkan banyak masalah seperti potongan tampak tidak kemas, malah kemungkinan besar akan menyerlahkan lagi kekurangan yang ada kerana banyak busana di pasaran menjurus kepada bentuk tubuh yang berbentuk sempurna.
2 - Sungguhpun diet dan senaman boleh merubah saiz dan berat badan, perkara penting yang perlu anda ketahui ialah bentuk ruas dan kontor tubuh manusia tidak sama, menjadikan potongan baju untuk si A mungkin menjadi kaku bila disarungkan ke tubuh si B.
3 - Kontor tubuh manusia terbahagi kepada ectomorph (rangka kecil dan langsing) mesomorph (rangka sederhana dan bentuk seimbang) dan endomorph (bentuk tubuh badan yang berat, gemuk dan berbentuk curvyalaysia).
4 - Bentuk asas manusia pula boleh dibahagikan kepada empat iaitu berliku, lurus, pir dan epal, namun dua bentuk yang selalunya menimbulkan masalah ialah bentuk pear dan epal.
Begitu pun, keadaan itu bukanlah masalah yang perlu ditangisi sebaliknya individu perlu melihatnya dari sudut positif, meletakkannya sebagai cabaran, lantas mempelajari teknik bagi ‘melindungi’ kekurangan bentuk yang ada menerusi pakaian.
5 - Mereka yang pandai bermain warna dan corak boleh menjadikan pemilik tubuh pearr dan epal tampak sempurna kerana kebijaksanaan membuat ilusi mampu melindungi ketidaksempurnaan tubuh seseorang.
“Permainan warna seperti gabungan antara padanan atas dan bawah serta potongan adalah penentu utama kesempurnaan pemilik tubuh seperti ini, kerana ia boleh membuat helah mengenai kekurangan bentuk tubuh, seterusnya badan tampak lebih kemas kerana kekurangan bentuk ini selalunya dikaitkan dengan komposisi tubuh yang tidak sama.
6 - “Bentuk epal menyebabkan seseorang kelihatan rendah walaupun hakikatnya ia tinggi kerana bahagian atas dan bawah yang sama lebar. Busana yang polos untuk bahagian atas dan bawah adalah paling sesuai. Warna yang sama boleh membuatkan tubuh kelihatan lebih langsing,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Beliau berkata, jika mengenakan sut, pastikan warna pada bahagian dalam lebih cerah daripada kot, sementara padanan bawah boleh dikenakan seluar atau skirt yang ketat sedikit untuk tampak langsing.
7 - Berbeza dengan mereka yang bertubuh pear yang dikatakan memiliki bahagian atas lebih kecil daripada bawah. Untuk mendapatkan ilusi bentuk sempurna, pakaian pada bahagian atas haruslah lebih terang daripada bahagian bawah sama ada anda mengenakan seluar atau skirt, ia perlu daripada rona gelap.
Selain itu, katanya, pastikan juga pakaian yang dipilih tidak terlalu labuh melebihi punggung bagi mengelakkan pandangan mata lebih tertumpu pada bahagian bawah.
“Corak fabrik juga seharusnya diberikan perhatian kerana ia tidak seharusnya menyebabkan tubuh anda yang besar itu jelas kelihatan. Lupakan corak besar keterlaluan seperti bunga matahari atau bunga raya, sebaliknya pilih corak kecil seperti bunga kecil dan bunga beralun.
“Bagi yang bertubuh sebegini, kalau boleh elak sekali motif abstrak seperti berkotak kerana tubuh yang tinggi boleh menjadi rendah kerana bentuk corak sedemikian."
8 - Menyentuh mengenai aksesori, katanya tali pinggang nipis tidak melebihi satu inci boleh dikenakan. Jenis yang halus serta yang berantai-rantai amat sesuai. Boleh dikenakan, tetapi pastikan saiznya tidak terlalu besar melebihi satu inci dan terletak pada i bahagian pinggul.
9- Menyentuh mengenai baju kurung yang selalu dikenakan wanita sebegini, katanya pemilik bentuk epal dan pir boleh memilih busana ini, tetapi bahagian bahu (span) perlu tidak terlalu tebal.
“Baju kebaya kurang sesuai untuk tubuh epal kerana anda mungkin nampak tidak berpinggang, sebaliknya pemilik tubuh pir boleh mengenakan baju kebaya tetapi pastikan bahagian bawah yang tidak terlalu besar kerana mungkin tampak terlalu besar dan tidak kemas pada pandangan mata.
“Pemakaian jubah juga dilihat membantu ‘menutup’ bentuk tubuh, lagipun banyak pilihan jubah di pasaran. Bagi yang gemar berhias, boleh mengenakan celana berhias cantik labuci atau manik pada bahagian kaki seluar berkenaan untuk penampilan yang lebih hebat lagi.
10- “Sungguhpun begitu perlu diingatkan wanita bertubuh sebegini bukanlah satu kekurangan yang perlu ditangisi sebaliknya rekaan yang betul boleh menjadikan mereka tampak hebat, yang pasti pereka perlu tahu dan kenali pemakainya. Wanita hari ini bertuah kerana banyak jenama yang menyediakan pakaian untuk wanita bertubuh sebegini,” katanya.
Sekdar berkongsi info
- sis juliaes-
Saturday, January 3
Labels: tip5